Surprise Me!

PKR sambut baik RCI forex, tuntut RCI 1MDB juga

2017-06-22 431 Dailymotion


PKR hari ini menyambut baik penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung skandal pertukaran asing Bank Negara yang berlaku sekitar tahun 1980-an tetapi pada masa yang sama, menuntut tindakan sama perlu dilakukan untuk menyiasat skandal 1MDB.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata gesaannya itu dibuat kerana langkah menubuhkan sebuah RCI adalah selaras dengan prinsip tadbir urus yang baik dan akauntabiliti awam terhadap kehilangan berbilion-bilion ringgit.

DOJ dalam pemfailan ketiga dan terbaru, minggu lalu, meletakkan angka yang didakwa diselewengkan pada AS$4.5 bilion dan sedang berusaha untuk merampas aset AS$ 1.7 bilion yang kononnya diperoleh dengan menggunakan dana yang dicuri dari 1MDB.

Skandal forex 1980 berlaku semasa tempoh pentadiran Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri dan penubuhan RCI yang diumumkan semalam itu dibuat ketika beliau kini muncul sebagai pengkritik paling lantang kerajaan.